Latar Belakang Viprolabs

Vi Prolabs Solution Sdn Bhd selepas ini disebut sebagai “Vi Prolabs” merupakan sebuah syarikat perniagaan yang dimiliki sepenuhnya oleh bumiputera. Syarikat ini diwujudkan pada 19 Julai 2016 mengikut Seksyen 16 (4), Akta Syarikat 1965. Bermula daripada syarikat berbentuk milikan tunggal bernama Vivie-E Wellness Enterprise yang ditubuhkan pada tahun 2014, ia telah dinaiktaraf menjadi syarikat sendirian berhad sebelum berdepan dengan beberapa masalah dan kekangan yang tidak dapat dielakkan. Maka, Vi Prolabs telah lahir bagi meneruskan perniagaan yang dijalankan oleh syarikat Vivie-E Wellness Sdn Bhd dan terus melangkah maju ke hadapan sejak itu.

Syarikat Vi Prolabs menggunakan teknologi ozon sebagai asas kekuatan produk yang dikeluarkan. Produk-produk yang dikeluarkan telah diformulasi oleh Vivie-E dan dinaiktaraf penggunaannya oleh Vi Prolabs. Produk-produk tersebut juga telah lulus ujian kimia dan telah berjaya didaftarkan di Kementerian Kesihatan Malaysia. Maka produk-produk keluaran Vi Prolabs ternyata halal, suci serta selamat digunakan oleh pelbagai lapisan masyarakat.

Misi Kami

Memastikan ViProlabs dikenali dan diguna pakai oleh semua golongan masyarakat. Sentiasa memberikan perkhidmatan yang terbaik dalam penghasilan produk ViProlabs. Memastikan pengguna ViProlabs mendapat manfaat yang optimum. Menjanjikan kualiti produk yang terbaik dan selamat digunakan oleh semua golongan masyarakat.

Visi Kami

Menjadikan ViProlabs sebagai pilihan utama dikalangan produk – produk kulit yang sedia ada. Menjadikan produk ViProlabs dikenali dalam dan di luar negara. Menjadikan produk ViProlabs setanding dengan produk – produk kulit antarabangsa. Memperluaskan rangkaian Viprolabs ke peringkat antarabangsa

Kilang Viprolabs